Thursday, January 26, 2012

Tareqatku Naqshabandi Al-Haqqani, Siapakah mursyidulku?



Shaykh Muhammad Nazim al-Haqqani

excerpted from Dipetik daripada buku : Amalan Kesufian Naqshbandi : Sejarah dan Panduan mengenai Awliya Rantaian Keemasan Karangan Shaykh Muhammad Hisham Kabbani KAZI, 1995
mawlana.gif (9526 bytes)Beliau merupakan Imam kepada mereka yang ikhlas, dia membawa rahsia kewalian, dia menghidupkan Tariqat Naqshbandi pada penghujung abad ke-20, melalui pimpinan daripada Allah dan Rasulullah (s.a.w). Beliau tiada tandingannya. Beliau telah menghidupkan perasaan cinta kepada Tuhan dan cinta kepada mereka yang mencintai Tuhan kepada Ummah dan seluruh penghuni bumi ini, setelah perasaan kecintaan itu telah sekian lama dikuburi oleh api dan asap permusuhan, peperangan, kemarahan dan serta kesedihan penghuni bumi ini.
Beliau merupakan Ulama dikalangan para Awliya dan Wali dikalangan para Ulama. Beliau merupakan Harta Tersembunyi para 'Ariffin. Beliau merupakan Qutub kepada 'Si Pencari'. Beliaulah Ghawth Ummat Manusia. Beliau telah menghidupkan hati-hati yang telah mati. Beliaulah pewaris ciri-ciri Para Nabi dan Rasul. Beliaulah pemakai Jubah Cahaya Ketuhanan. Beliau unik didalam ilmu zahir dan ilmu batin. Beliau seorang sahaja yang medapat taraf seperti ini dizamannya. Beliau umpama Bunga Orkid yang ditanam pada tanah Kecintaan Allah.
Kehidupan Beliau
Beliau dilahirkan di Larnaca, Cyprus pada 23 hb April 1922 yang jatuh pada hari Ahad, 26hb Sha'ban, 1340 H. Bapanya merupakan keturunan Sayyidina 'Abdul Qadir Jilani, pengasas Tariqat Qadiri. Ibunya merupakan keturuna Sayyidina Jalaluddin Rumi, pengasas Tariqat Mevlevi. Ini membuatkan beliau berketurunan Hassani-Hussaini, keturunan Nabi Muhammad (s.a.w) melalui silsilah keluarga nendanya yang merupakan Keluarga Rasulullah (s.a.w). Beliau menerima amalan Tariqat Qadiri daripada ayahnya dan menerima pula amalan Tariqat Mevlevi daripada nenek sebelah ibunya.
Semenjak kecil beliau selalu menghadiri dan mendengar majlis ilmu datuknya, seorang Shaykh Tariqat Qadiri. Disitu beliau belajar mengenai disiplin dan ilmu kerohanian yang ada didalam Tariqat Qadiri. Beliau sering mengalami peristiwa dan perkara yang aneh, semenjak dari kecil lagi. Semenjak kecil beliau mempunyai akhlaq yang mulia: beliau tidak pernah bergaduh ataupun bertengkar dengan sesiapa pun. Beliau seorang yang murah dengan senyuman dan seorang yang bersifat penyabar.
Dalam tahun 1940, beliau menuntut di Universiti Istanbul,yang terletak didalam daerah Bayazit, didalam bidang Kejuruteraan Kimia. Pada masa yang sama beliau juga mempelajari dan mendalami 'Ilmu Shari'ah dan juga Bahasa Arab daripada Shaykh beliau yang bernama Shaykh Jamaluddin al-Alaasooni, yang meninggal dunia pada tahun 1955. Beliau memperolehi keputusan dan ijazah yang cemerlang didalam bidang Kejuruteraan Kimia dan beliau dianggap sebagai seorang 'genius' dikalangan rakan yang sebidang dengannya. Para Professor yang mengajar beliau, amat menggalakkan beliau berkecimpung didalam bidang penyelidikan. Tetapi beliau berkata," Aku tidak mempunyai perasaan terhadap 'ilmu sains moden. Hatiku sudah terpaut pada 'ilmu kerohanian."
Pada tahun 1944, Shaykh Nazim pergi ke Tripoli dengan menaiki bas. Beliau menjejakkan kaki di pelabuhan tersebut tanpa mengenali sesiapa - sebagai orang asing ditempat yang asing. Semasa beliau sedang melihat-lihat ke sana dan ke sini beliau ternampak seorang yang datang kearah beliau daripada seberang jalan. Rupa-rupanya, orang itu merupakan Mufti di Tripoli dan juga Shaykh bagi semua Tariqat Sufi di bandar tersebut. Nama beliau ialah Shaykh Munir al-Malek. Shaykh itu pun bertanya,"Awak Shaykh Nazim ke? Sebenarnya aku telah bermimpi akan Rasulullah (s.a.w.) dan baginda telah berkata kepadaku bahawa salah seorang daripada cucundaku akan datang ke Tripoli. Baginda menunjukkan dengan jelas wajahmu dan memberitahuku agar mencarimu dikawasan ini dan menjaga kamu."
Daripada Tripoli beliau pergi ke Syria yang sedang dilanda peperangan ketika itu dan pergi ke Damascus. Setibanya di Damascus, beliau terus mencari shaykh beliau, Abdullah ad-Daghestani.
Shaykh Abdullah ad-Daghestani
Mengimbas kembali pertemuan pertama dengan Shaykh beliau: Ketika aku baru sahaja hendak mengetuk pintu rumah beliau, pintu telah pun terbuka dan berdirilah disitu Shaykh tersebut dan berkata," Selamat datang anakku, Nazim Effendi." Perawakannya segera menarik perhatian hatiku. Aku tidak pernah berjumpa dengan Shaykh yang seperti itu. Cahaya memancar daripada wajah dan dahinya. Kemesraan terpancar daripada hatinya dan senyumannya. Dia mengajak aku ke tingkat atas rumahnya, sambil berkata,"Kami menunggu-nunggu kedatangan mu."
Setelah berbai'ah dengan Shaykh Abdullah ad-Daghestani dan mendapat didikan mengenai Tariqat Naqshbandi, Shaykh Nazim diperintahkan untuk segera kembali ke Cyprus, tanahair beliau. Perintah dilaksanakan dengan segera, dan beliau pun memulakan perjalanan kembali ke tanahair yang telah beliau tinggalkan selama lima tahun.
Shaykh Nazim mula menyebarkankan ilmu kesufian dan ajaran Islam di Cyprus, setelah beliau tiba disana. Ramai yang menjadi pengikut dan murid Tariqat Naqshbandi, walaupun pada zaman itu, sebenarnya agama dilarang untuk diamalkan di Turkey. Malah laungan azan pun dilarang.
Tindakan beliau yang pertama sekali apabila tiba di tanahairnya ialah, melaungkan azan dalam bahasa Arab di menara sebuah masjid. Akibatnya, beliau telah dipenjarakan selama seminggu. Namun begitu, selepas di bebaskan, beliau telah pergi ke Masjid besar Nicosia dan melaungkan azan. Pihak yang berkuasa ketika itu amat marah kepada beliau dan mereka mahu kes beliau dibicarakan di mahkamah. Semasa menunggu waktu pembicaraan, beliau masih lagi terus melaungkan azan disekitar Nicosia dan kampung-kampung yang terletak disekitarnya. Tindakan ini mengakibatkan beliau mempunyai 112 kes mahkamah yang perlu dibicarakan. Para peguambela kebanyakannya menasihatkan beliau agar berhenti daripada melaungkan azan. Tetapi beliau tetap bertekad dan menjawab,"Tidak,saya tidak boleh. 'Ilmu kerohanian mesti disebarkan.

Misi Dakwah Beliau

Selama beliau menetap di Cyprus, Shaykh Nazim mengembara ke seluruh pelusuk Cyprus, Lebanon, Iskandaria, Kaherah, Arab Saudi dan tempat-tempat lain untuk menyebarkan tariqat. Beliau kembali ke Damascus pada tahun 1952 dan berkahwin dengan salah seorang daripada murid Shaykh Abdullah ad-Daghestani yang bernama, Hajjah Amine Adil. Semenjak itu, beliau bermastautin di Damascus dan beliau akan menziarahi Cyprus selama 3 bulan iaitu pada bulan Rejab, Sha'ban dan Ramadhan. Ahli keluarga beliau akan menemani beliau apabila beliau ke Cyprus. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki.
Shaykh Nazim telah menunaikan sebanyak farhu haji sebanyak 27 kali dimana, beliau bertindak sebagai pemimpin jemaah haji Cyprus.
Memimpin Dzikrullah di Masjid Peckham di London.
Dalam tahun 1974, beliau mula menyebarkan dakwah di benua Eropah dengan menaiki kapalterbang daripada Cyprus ke London dan pulang dengan melalui jalan darat dengan menaiki kereta dan kemudian meneruskan perjalanan dengan menaiki kapalterbang. Beliau berjumpa dengan berbagai bangsa yang mempunyai bahasa ibunda yang berbagai, daripada berbagai agama dan adat resam. Ramai daripada mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah dihadapan beliau dan terus menjadi murid Tariqat dan menerima rahsia kerohanian daripada beliau.
Mawlana Shaykh Nazim dan Shaykh Hisham menziarahi Pir Wilayat Khan pada tahun 1991 di New Lebanon, New York.
Pada tahun 1991, beliau menjejakkan kakinya buat pertama kali di Amerika Syarikat dan pada tahun itu, beliau telah melawat 15 buah negeri. Didalam lawatannya itu beliau telah berbincang dengan mereka yang datang daripada berbagai kepercayaan, agama dan adat resam: Muslim, Kristian, Yahudi, para Sufi, orang Sikh, penganut agama Buddha, Hindu, Bahai dan mereka yang berfahaman 'Abad Baru'. Hasilnya, 15 pusat Tariqat Naqshbandi telah dapat diasaskan di Amerika Utara. Shaykh Nazim membuat lawatan yang kedua pada tahun 1993 dan telah menziarahi, masjid-masjid, gereja-gereja, kuil-kuil dan 'synaguoges' (tempat ibadat orang Yahudi) di serata tempat. Melalui usaha-usaha dakwah Shaykh Nazim ini, lebih 10 000 orang di Amerika Utara, telah memeluk agama Islam dan mengambil bai'ah sebagai murid Tariqat Naqshbandi.
Shaykh Nazim, selaku tetamu kehormat semasa majlis pembukaan Pusat Latihan dan Konvensyen Haqqani di Michigan, USA.
Semasa beliau melawat USA pada tahun 1993, beliau telah menjadi tetamu kehormat majlis pembukaan Pusat Latihan dan Konvensyen Haqqani di Fenton, Michigan. Pusat tersebut terletak diatas 200 ekar tanah ladang yang terkandung didalamnya, rumah tetamu yang selesa dan besar, masjid, asrama-asrama, empat buah tasik dan 200 ekar tanah ladang yang dipenuhi rumput bagi haiwan ternakan. Pusat yang terletak dekat Detroit ini, merupakan lokasi yang sangat strategik kerana terletak dekat ditengah-tengah US dan hampir dengan Kanada. Setakat ini, pusat tersebut telah menganjurkan beberapa siri perkhemahan dan seminar. Pada masa pembukaannya (1993) sahaja, ia dapat menampung 1 000 orang murid yang datang daripada seluruh Amerika dan juga daripada negara-negara lain.
Shaykh Nazim dan Shaykh Hisham bersama YM Raja Ashman putera Sultan Azlan Shah, Malaysia.
Pada tahun 1986, beliau telah melakukan lawatan ke negara timur jauh: Brunei, Singapura, India, Pakistan juga Sri Lanka. Dimana-mana sahaja beliau pergi, beliau akan diber penghormatan dan sambutan oleh para sultan, presiden-presiden, MP, para pegawai kerajaan dan rakyat jelata negara tersebut.
Usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh Shaykh Nazim di Barat, telah mengakibatkan tertubuhnya pusat-pusat kesufian diserata tempat di Eropah dan Amerika Utara. Pusat utamanya, terletak di London dan di kenali sebagai 'The Islamic Priory' yang mana bangunan ini merupakan hadiah buat Shaykh Nazim daripada seorang ketua negara sebuah negara Islam yang kaya raya. Semoga Allah merahmati hamba Allah tersebut.

Shaykh Nazim al-Haqqani bersama Shaykh al-Buhairi dan Yusuf Islam (Cat Stevens) di Kompleks Naqshbandi, London.
Kompleks Naqshbandi London dahulunya dikenali sebagai St.Ann's Priory
Kediaman Shaykh Nazim, tidak pernah sunyi daripada tetamu. Sekurang-kurangnya 100 orang tetamu akan menziarahi rumahnya setiap hari. Biasanya beliau akan dilihat, melayan sendiri setiap tetamu yang datang.

No comments:

Post a Comment