Thursday, January 26, 2012

ADAKAH ANDA DALAM KATAGORI ITU?



Kejahilan yang di hadapi oleh setiap individu amat merbahaya. Terutama apabila di kaitkan dengan hidup bersyariat? apakah syariat bagi maksud yang mudah.



Syariat.
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu
bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib
beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal
haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,
kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan
mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita
terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut
sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak
terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti
belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat
biji benih.



*sumber Halaqah



Hakikat manusia kini hanya bijak menggunakan AKAL dan TEORI mereka sahaja akibat dari penyakit MALAS ingin menelaah KITAB- KITAB AGAMA, mereka mula bersikap 'memandai-mandai' dalam meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya misal dalam skop:


a. Hukum hakam agama (teramasuk semua permasalahn feqah, tajwid dll)
b. Perkembangan semasa
c. Akhlak (termasuk cara-cara mengajar anak-anakdll)


Rata- rata individu yang kian diresapi oleh sifat MAZMUMAH(penyakit hati) akan bertindak riak, takbur dalam berkata:
misal: aku dah pandai! jangan mengajar aku! aku tahulah! aku bukan bodoh sangat!


Ini semua perasaan yang riak, sombong sambil mendabik dada. Ia adalah penyakit yang sentiasa diresapi bagi individu yang JARANG atau TIDAK MENGENDAHKAN SYARIAT SECARA SENSITIF.


Maka ayuhlah kita menyahut seruan Illahi agar bersama-sama menegakkan syiar Islam. Ia adalah kewajiban kita didalam mencari ilmu.Kata dari seorang ulamak apabila kamu manusia maka WAJIB ke atasmu MENUNTUT ILMU.


*PERGILAH KALIAN KE MAJLIS ILMU (CERAMAH DI MASJID, PONDOK MAHUPUN DI TELEVISYEN.








No comments:

Post a Comment