Wednesday, June 27, 2012

TURUNYA NABI ISA PUTRA MARYAM!


Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah bakal berlaku 40 tahun lagi??? AL-QURAN & HADIS membuktikannya)

Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....
Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias
Ada satu hadits sahih yang saya akan kemukakan di akhir artikel ini nanti, hadits itu memberitahu kita semua, bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...
Saudara serumpunku, anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.
Saya ingatkan lagi,hadits ini  shahih, sedangkan tiada satu pun ulama di Tanah Melayu berani membongkar hadis shahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.
Dan kita semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???
- kita kena faham, banyak hadits shahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak,dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...
Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Isa
- al masih dajjal
Ingatlah ... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!
Sekali lagi ,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT? OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......
KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...
Tiada satu hadits pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan
Menurut kajian saya di atas berpandukan hadits, maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...
Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
-Melangsaikan hutang dunia
-Membeli tanah di kawasan pedalaman
-Menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-Membeli kuda seorang dua ekor
-Mengasah pedang dan mencanai keris
-Menguasai kembali teknik MEMANAH
-Dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang
Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda besar keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...
Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.
Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)
Perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu. Dan terjemahkannya kedalam bahas-bahasa dunia lain, serta sebarkanlah juga kepada saudara-saudara kita yang tidak tahu berbahasa Melayu.

Peristiwa Tamim Ad-Dari disebutkan dalam Sahih Muslim:

Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah dari Amir bin syurahbil asy-Sya, kabilah Hamdan, bahawa ia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata:" Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w yang tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun selain beliau." Fatimah binti Qais berkata:" jika engkau mahu, nescaya aku lakukan." Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku."
Fatimah binti Qais berkata: Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah s.a.w duduk dimimbar. Sambil tersenyum, beliau bersabda:" Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya." Selanjutnya beliau bersabda:" apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?" mereka menjawab: " Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui."
Beliau bersabda: "Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan, aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari, yg dulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai'at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka di buai ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata:' Celaka kamu, apakah kamu ini?' Binatang itu menjawab:'Aku adalah Jassasah (mata-mata)' mereka bertanya:'Mata-mata apa?' Ia menjawab:'Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.'
Tamim ad-Dari berkata: 'Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.'
'Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan:
'Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Ia menjawab: 'Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?' Mereka menjawab: ' Kami adalah manusia dari Arab. Kami belayar perahu lalu dipukul gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan'. Maka kami duduk-duduk di pantai dekat perahu lalu memasuki pulau ini. Kami didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.
Kami bertanya: ' Celaka kamu, apakah kamu ini?' Binatang itu menjawab: 'Aku adalah mata-mata' 'Mata-mata apa?' 'Pergilah kepada orang yang ada di dalam gua ini, kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua.' 'Maka kami pun segera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan kami tidak tenang jangan-jangan syaitan betina.
Orang itu berkata:' Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!' [Nota: Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin].
Kami bertanya: 'Tentang apakah yang kamu tanyakan?'
Katanya: 'aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?'
Jawab kami: 'ya'
Lalu jawabnya: 'Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah'
Lalu ia berkata lagi:' Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!'
Kami bertanya: 'Tentang apakah yang kamu tanyakan?'
Katanya: 'apakah tasik itu masih berair?' [Nota:Tasik ini besar, luasnya 10x6 batu2 . Airnya makin berkurang. Jarak Tasik Tabariyyah dgn Bait al-Muqaddis sekitar 100 batu]
Kami katakan: 'Ya, tasik itu masih banyak airnya'
Dia menjawab: 'Sesungguhnya air tasik itu hampir habis' Ia berkata lagi :' Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!'
Kami bertanya: 'Mengenai apakah yang kamu tanyakan?'
Katanya: 'Apakah mata air itu masih memancarkan airnya dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?' [Nota:Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah isyarat dekatnya keluar Dajjal silaknat]
Kami menjawab: 'Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.'
Tanyanya lagi: 'Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta huruf, apa yang dilakukannya?'
Kami menjawab: 'Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib'
Tanyanya: 'Apakah orang Arab memeranginya?'
Kami menjawab: 'Ya'

Dia bertanya lagi: ' Bagaimana caranya memperlakukan mereka?'
Kami menjawab: 'Ia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya'
Orang itu berkata: 'Apakah demikian?'
Kami menjawab: 'Ya',
Orang itu berkata: 'Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku adalah al-masih dajjal. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama empat puluh malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu, aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalkan kepalaku. Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.'
Fatimah binti Qais berkata:
"Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar Rasulullah s.a.w bersabda:”
Ini adalah Taibah(kota Madinah), Ingatlah apakah hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?" Orang-orang menjawab:" Benar"
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan Madinah. Ketahuilah Dajjal itu berada di laut Syam atau dilaut Yaman, bukan dari timur, bukan dari timur, bukan dari timur,sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur" (Lihat Sahih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Matba'ah al-Misriyyah, XVIII, hlmn 78-73)
Nota: Ramai di kalangan pemanjang hadits ini tidak menulis Fatimah binti Qais, tetapi sebaliknya hanya menulis Fatimah. Dan ini telah menimbulkan kekeliruan. Kerana mereka yang membaca menyangka Fatimah itu adalah Fatimah binti Rasulullah saw.
STATUS HADITS: SHAHIH
- Hadis ini merupakan hadis riwayat Muslim dari Fathimah binti Qais di dalam kitab Fitan.
- Riwayat Ahmad dari Abi Hurairah dan 'Aisyah.
- Riwayat Ibnu Majah dari Fathimah.
- Riwayat Abu Daud dengan sanad yang hasan dari Jabir.
Jelas dengan susur galur perawi-perawi, hadis ini bukan hanya tergolong dalam kategori hadis sahih, bahkan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Tanpa kita sedar, inilah satu-satunya bukti yang didokumenkan dan ia mengesahkan terjadinya perbualan antara manusia dengan Dajjal. Ia adalah rujukan yang sah bagi menunjukkan Dajjal itu seorang manusia yang hidup dan akan zahir menjelajah setiap inci Bumi kecuali Makkah dan Madinah...
Jika ingin dikatakan Dajjal adalah sebagai satu fenomena di mana kejahatan berleluasa, mana mungkin Tamim Ad-Dari berdialog dengan fenomena....
Sumber bacaan dari:


Tuesday, January 31, 2012

[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh.



[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh.

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .

Monday, January 30, 2012

HUKUM BERCELAK




HUKUM BERCELAK..wanita mesti ambil berat akan hal ini

Telah datang kepada saya satu pertanyaan daripada seorang kenalan(wanita) berkenaan kemusykilan mengenai perihal bercelak dan wudhu. Soalannya adalah.
Soalan: Bagaimanakah hukumnya mengambil wudhu, sah atau tidakkah wudhu tersebut sedang saya memakai celak. Dan celak tersebut adalah dari jenis yang kalis air(water resist).
HUKUM BERCELAK MATA
Pendapat yang pertama
1) Sunat Bercelak Mata
Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)
Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; “Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali” – (Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)
2) Faedah Lain Bercelak Mata
Seperti mana yang disebut di dalam At Tibbun Nabawi, bahawa perbuatan mencelak mata boleh mendatangkan beberapa faedah :
i. Menyihatkan mata
ii. Menguat dan membersihkan (menerangkan) pandangan
iii. Menghilangkan penyakit mata
iv. Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mata
Bercelak mata sunat bagi wanita, dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahaja tanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna, menambah alis mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah berlebihan adalah dilarang, kerana semuanya adalah tabarruj jahiliah yang dilarang.
Namun, jika wanita bersolek untuk suaminya, walaupun menyerupai tabarruj jahiliah adalah digalakkan dan sunat pula (berpahala). Tapi jika untuk keluar rumah dan untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang.

Pendapat yang kedua  dibawah ini pula adalah jawapan daripada Ustaz Izhar Idrus:
Soalan:
Assalamu'alaikum wbt ustaz..
Saya tak perasan pula kalau soalan ni pernah diajukan..tapi saya masih keliru, apa hukum pemakaian celak? bagi perempuan terutamanya..boleh atau tak boleh sebab takut menimbulkan fitnah bila bertemu dengan lelaki? harap ustaz dapat jelaskan.. terima kasih..
Jawapan:
Waalaikum salam wbt. Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :
"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"
Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :
"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"
Berkata ulama "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.
Jadi ulama telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.
Perlu di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.


Thursday, January 26, 2012

Tareqatku Naqshabandi Al-Haqqani, Siapakah mursyidulku?



Shaykh Muhammad Nazim al-Haqqani

excerpted from Dipetik daripada buku : Amalan Kesufian Naqshbandi : Sejarah dan Panduan mengenai Awliya Rantaian Keemasan Karangan Shaykh Muhammad Hisham Kabbani KAZI, 1995
mawlana.gif (9526 bytes)Beliau merupakan Imam kepada mereka yang ikhlas, dia membawa rahsia kewalian, dia menghidupkan Tariqat Naqshbandi pada penghujung abad ke-20, melalui pimpinan daripada Allah dan Rasulullah (s.a.w). Beliau tiada tandingannya. Beliau telah menghidupkan perasaan cinta kepada Tuhan dan cinta kepada mereka yang mencintai Tuhan kepada Ummah dan seluruh penghuni bumi ini, setelah perasaan kecintaan itu telah sekian lama dikuburi oleh api dan asap permusuhan, peperangan, kemarahan dan serta kesedihan penghuni bumi ini.
Beliau merupakan Ulama dikalangan para Awliya dan Wali dikalangan para Ulama. Beliau merupakan Harta Tersembunyi para 'Ariffin. Beliau merupakan Qutub kepada 'Si Pencari'. Beliaulah Ghawth Ummat Manusia. Beliau telah menghidupkan hati-hati yang telah mati. Beliaulah pewaris ciri-ciri Para Nabi dan Rasul. Beliaulah pemakai Jubah Cahaya Ketuhanan. Beliau unik didalam ilmu zahir dan ilmu batin. Beliau seorang sahaja yang medapat taraf seperti ini dizamannya. Beliau umpama Bunga Orkid yang ditanam pada tanah Kecintaan Allah.
Kehidupan Beliau
Beliau dilahirkan di Larnaca, Cyprus pada 23 hb April 1922 yang jatuh pada hari Ahad, 26hb Sha'ban, 1340 H. Bapanya merupakan keturunan Sayyidina 'Abdul Qadir Jilani, pengasas Tariqat Qadiri. Ibunya merupakan keturuna Sayyidina Jalaluddin Rumi, pengasas Tariqat Mevlevi. Ini membuatkan beliau berketurunan Hassani-Hussaini, keturunan Nabi Muhammad (s.a.w) melalui silsilah keluarga nendanya yang merupakan Keluarga Rasulullah (s.a.w). Beliau menerima amalan Tariqat Qadiri daripada ayahnya dan menerima pula amalan Tariqat Mevlevi daripada nenek sebelah ibunya.
Semenjak kecil beliau selalu menghadiri dan mendengar majlis ilmu datuknya, seorang Shaykh Tariqat Qadiri. Disitu beliau belajar mengenai disiplin dan ilmu kerohanian yang ada didalam Tariqat Qadiri. Beliau sering mengalami peristiwa dan perkara yang aneh, semenjak dari kecil lagi. Semenjak kecil beliau mempunyai akhlaq yang mulia: beliau tidak pernah bergaduh ataupun bertengkar dengan sesiapa pun. Beliau seorang yang murah dengan senyuman dan seorang yang bersifat penyabar.
Dalam tahun 1940, beliau menuntut di Universiti Istanbul,yang terletak didalam daerah Bayazit, didalam bidang Kejuruteraan Kimia. Pada masa yang sama beliau juga mempelajari dan mendalami 'Ilmu Shari'ah dan juga Bahasa Arab daripada Shaykh beliau yang bernama Shaykh Jamaluddin al-Alaasooni, yang meninggal dunia pada tahun 1955. Beliau memperolehi keputusan dan ijazah yang cemerlang didalam bidang Kejuruteraan Kimia dan beliau dianggap sebagai seorang 'genius' dikalangan rakan yang sebidang dengannya. Para Professor yang mengajar beliau, amat menggalakkan beliau berkecimpung didalam bidang penyelidikan. Tetapi beliau berkata," Aku tidak mempunyai perasaan terhadap 'ilmu sains moden. Hatiku sudah terpaut pada 'ilmu kerohanian."
Pada tahun 1944, Shaykh Nazim pergi ke Tripoli dengan menaiki bas. Beliau menjejakkan kaki di pelabuhan tersebut tanpa mengenali sesiapa - sebagai orang asing ditempat yang asing. Semasa beliau sedang melihat-lihat ke sana dan ke sini beliau ternampak seorang yang datang kearah beliau daripada seberang jalan. Rupa-rupanya, orang itu merupakan Mufti di Tripoli dan juga Shaykh bagi semua Tariqat Sufi di bandar tersebut. Nama beliau ialah Shaykh Munir al-Malek. Shaykh itu pun bertanya,"Awak Shaykh Nazim ke? Sebenarnya aku telah bermimpi akan Rasulullah (s.a.w.) dan baginda telah berkata kepadaku bahawa salah seorang daripada cucundaku akan datang ke Tripoli. Baginda menunjukkan dengan jelas wajahmu dan memberitahuku agar mencarimu dikawasan ini dan menjaga kamu."
Daripada Tripoli beliau pergi ke Syria yang sedang dilanda peperangan ketika itu dan pergi ke Damascus. Setibanya di Damascus, beliau terus mencari shaykh beliau, Abdullah ad-Daghestani.
Shaykh Abdullah ad-Daghestani
Mengimbas kembali pertemuan pertama dengan Shaykh beliau: Ketika aku baru sahaja hendak mengetuk pintu rumah beliau, pintu telah pun terbuka dan berdirilah disitu Shaykh tersebut dan berkata," Selamat datang anakku, Nazim Effendi." Perawakannya segera menarik perhatian hatiku. Aku tidak pernah berjumpa dengan Shaykh yang seperti itu. Cahaya memancar daripada wajah dan dahinya. Kemesraan terpancar daripada hatinya dan senyumannya. Dia mengajak aku ke tingkat atas rumahnya, sambil berkata,"Kami menunggu-nunggu kedatangan mu."
Setelah berbai'ah dengan Shaykh Abdullah ad-Daghestani dan mendapat didikan mengenai Tariqat Naqshbandi, Shaykh Nazim diperintahkan untuk segera kembali ke Cyprus, tanahair beliau. Perintah dilaksanakan dengan segera, dan beliau pun memulakan perjalanan kembali ke tanahair yang telah beliau tinggalkan selama lima tahun.
Shaykh Nazim mula menyebarkankan ilmu kesufian dan ajaran Islam di Cyprus, setelah beliau tiba disana. Ramai yang menjadi pengikut dan murid Tariqat Naqshbandi, walaupun pada zaman itu, sebenarnya agama dilarang untuk diamalkan di Turkey. Malah laungan azan pun dilarang.
Tindakan beliau yang pertama sekali apabila tiba di tanahairnya ialah, melaungkan azan dalam bahasa Arab di menara sebuah masjid. Akibatnya, beliau telah dipenjarakan selama seminggu. Namun begitu, selepas di bebaskan, beliau telah pergi ke Masjid besar Nicosia dan melaungkan azan. Pihak yang berkuasa ketika itu amat marah kepada beliau dan mereka mahu kes beliau dibicarakan di mahkamah. Semasa menunggu waktu pembicaraan, beliau masih lagi terus melaungkan azan disekitar Nicosia dan kampung-kampung yang terletak disekitarnya. Tindakan ini mengakibatkan beliau mempunyai 112 kes mahkamah yang perlu dibicarakan. Para peguambela kebanyakannya menasihatkan beliau agar berhenti daripada melaungkan azan. Tetapi beliau tetap bertekad dan menjawab,"Tidak,saya tidak boleh. 'Ilmu kerohanian mesti disebarkan.

Misi Dakwah Beliau

Selama beliau menetap di Cyprus, Shaykh Nazim mengembara ke seluruh pelusuk Cyprus, Lebanon, Iskandaria, Kaherah, Arab Saudi dan tempat-tempat lain untuk menyebarkan tariqat. Beliau kembali ke Damascus pada tahun 1952 dan berkahwin dengan salah seorang daripada murid Shaykh Abdullah ad-Daghestani yang bernama, Hajjah Amine Adil. Semenjak itu, beliau bermastautin di Damascus dan beliau akan menziarahi Cyprus selama 3 bulan iaitu pada bulan Rejab, Sha'ban dan Ramadhan. Ahli keluarga beliau akan menemani beliau apabila beliau ke Cyprus. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki.
Shaykh Nazim telah menunaikan sebanyak farhu haji sebanyak 27 kali dimana, beliau bertindak sebagai pemimpin jemaah haji Cyprus.
Memimpin Dzikrullah di Masjid Peckham di London.
Dalam tahun 1974, beliau mula menyebarkan dakwah di benua Eropah dengan menaiki kapalterbang daripada Cyprus ke London dan pulang dengan melalui jalan darat dengan menaiki kereta dan kemudian meneruskan perjalanan dengan menaiki kapalterbang. Beliau berjumpa dengan berbagai bangsa yang mempunyai bahasa ibunda yang berbagai, daripada berbagai agama dan adat resam. Ramai daripada mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah dihadapan beliau dan terus menjadi murid Tariqat dan menerima rahsia kerohanian daripada beliau.
Mawlana Shaykh Nazim dan Shaykh Hisham menziarahi Pir Wilayat Khan pada tahun 1991 di New Lebanon, New York.
Pada tahun 1991, beliau menjejakkan kakinya buat pertama kali di Amerika Syarikat dan pada tahun itu, beliau telah melawat 15 buah negeri. Didalam lawatannya itu beliau telah berbincang dengan mereka yang datang daripada berbagai kepercayaan, agama dan adat resam: Muslim, Kristian, Yahudi, para Sufi, orang Sikh, penganut agama Buddha, Hindu, Bahai dan mereka yang berfahaman 'Abad Baru'. Hasilnya, 15 pusat Tariqat Naqshbandi telah dapat diasaskan di Amerika Utara. Shaykh Nazim membuat lawatan yang kedua pada tahun 1993 dan telah menziarahi, masjid-masjid, gereja-gereja, kuil-kuil dan 'synaguoges' (tempat ibadat orang Yahudi) di serata tempat. Melalui usaha-usaha dakwah Shaykh Nazim ini, lebih 10 000 orang di Amerika Utara, telah memeluk agama Islam dan mengambil bai'ah sebagai murid Tariqat Naqshbandi.
Shaykh Nazim, selaku tetamu kehormat semasa majlis pembukaan Pusat Latihan dan Konvensyen Haqqani di Michigan, USA.
Semasa beliau melawat USA pada tahun 1993, beliau telah menjadi tetamu kehormat majlis pembukaan Pusat Latihan dan Konvensyen Haqqani di Fenton, Michigan. Pusat tersebut terletak diatas 200 ekar tanah ladang yang terkandung didalamnya, rumah tetamu yang selesa dan besar, masjid, asrama-asrama, empat buah tasik dan 200 ekar tanah ladang yang dipenuhi rumput bagi haiwan ternakan. Pusat yang terletak dekat Detroit ini, merupakan lokasi yang sangat strategik kerana terletak dekat ditengah-tengah US dan hampir dengan Kanada. Setakat ini, pusat tersebut telah menganjurkan beberapa siri perkhemahan dan seminar. Pada masa pembukaannya (1993) sahaja, ia dapat menampung 1 000 orang murid yang datang daripada seluruh Amerika dan juga daripada negara-negara lain.
Shaykh Nazim dan Shaykh Hisham bersama YM Raja Ashman putera Sultan Azlan Shah, Malaysia.
Pada tahun 1986, beliau telah melakukan lawatan ke negara timur jauh: Brunei, Singapura, India, Pakistan juga Sri Lanka. Dimana-mana sahaja beliau pergi, beliau akan diber penghormatan dan sambutan oleh para sultan, presiden-presiden, MP, para pegawai kerajaan dan rakyat jelata negara tersebut.
Usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh Shaykh Nazim di Barat, telah mengakibatkan tertubuhnya pusat-pusat kesufian diserata tempat di Eropah dan Amerika Utara. Pusat utamanya, terletak di London dan di kenali sebagai 'The Islamic Priory' yang mana bangunan ini merupakan hadiah buat Shaykh Nazim daripada seorang ketua negara sebuah negara Islam yang kaya raya. Semoga Allah merahmati hamba Allah tersebut.

Shaykh Nazim al-Haqqani bersama Shaykh al-Buhairi dan Yusuf Islam (Cat Stevens) di Kompleks Naqshbandi, London.
Kompleks Naqshbandi London dahulunya dikenali sebagai St.Ann's Priory
Kediaman Shaykh Nazim, tidak pernah sunyi daripada tetamu. Sekurang-kurangnya 100 orang tetamu akan menziarahi rumahnya setiap hari. Biasanya beliau akan dilihat, melayan sendiri setiap tetamu yang datang.

SYARIAT< TAREKAT< HAKIKAT < MAKRIFAT




SYARIAT< TAREKAT< HAKIKAT < MAKRIFAT 

Islam adalah iman , ilmu dan amal .
Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.
Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
batiniah atau rohaniah.

Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama
ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali,
dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan
mengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan
terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat
kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban
kerana-Nya.

Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan
lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang
bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau
yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa
cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan
akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah
atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut
kita kepada Allah.

Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh
mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi
matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita
itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan
antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara
pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini
sesuai dengan hadis yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah"

Amalan agama yang tidak didahului oleh rasa cinta dan rasa takut
kepada Allah sudah tentu tidak akan membawa kita kepada-Nya. Sudah
pasti ia didorong oleh perkara-perkara dan kerana-kerana yang lain.
Mungkin kerana mahukan Syurga. Mungkin kerana takutkan Neraka. Mungkin
kerana mahukan pahala dan fadhilat. Walaupun tujuan-tujuan ini tidak
salah kerana ianya sebahagian dari janji-janji Tuhan, tetapi maqamnya
terlalu rendah. Justeru itu hasil dan manfaat dari ibadah seperti ini
juga adalah rendah.

Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ini, walaupun
banyak, tidak akan dapat mengubah akhlak dan peribadi kita. Ia tidak
akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita.
Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan
membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita. Ini kerana
Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat dalam ibadah kita.
Kalau Tuhan tidak dilibatkan, maka hati akan kurang berperanan kerana
hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu
tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila
hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan
dalam ibadah.

Tambahan pada itu ibadah kerana hendakkan Syurga, pahala dan fadhilat
dan kerana takutkan Neraka ini ada risikonya. Disebabkan Tuhan dan
hati tidak dilibatkan sama dalam ibadah seperti ini, maka ibadah ini
tidak ada kekuatannya. Lama kelamaan, ia akan dicelahi dengan rasa
bosan dan jemu. Sukar hendak diistiqamahkan. Ia juga mudah dihinggapi
penyakit riyak, ujub dan sum'ah. Ini semua akan memusnahkan pahala
ibadah. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah
untuk dipuji, untuk disanjung, untuk mendapat nama dan glamour, untuk
menunjuk-nunjuk dan kerana sebab-sebab lain yang berbentuk duniawi.
Sudah tentulah ia tidak ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini
akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya berserta dengan
laknat-Nya sekali. Ibadah seperti ini tidak akan mendekatkan seseorang
itu dengan Allah. Malahan dia akan bertambah jauh dari Allah. Dia
berbuat maksiat dan kemungkaran dalam ibadahnya. Lagi banyak dia
beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri
mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi
dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.

Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada urutan dan susunannya. Ada
"progression" nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia
bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan
hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .

Syariat.
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu
bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib
beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal
haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,
kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan
mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita
terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut
sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak
terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti
belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat
biji benih.

Tariqat .
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan
lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh.
Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat
wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang
mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah
pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih
tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok
yang bercabang dan berdaun.

Hakikat.
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan
syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi
sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup
syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat
adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian
maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqam
redha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan
berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja
(sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang
berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau
perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat
dengan faham dan dihayati.

Makrifat .
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang
tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al
Arifbillah .

Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari
yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu
terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke
dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat
dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana
ia hanya melibatkan usaha lahir.

ADAKAH ANDA DALAM KATAGORI ITU?



Kejahilan yang di hadapi oleh setiap individu amat merbahaya. Terutama apabila di kaitkan dengan hidup bersyariat? apakah syariat bagi maksud yang mudah.



Syariat.
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu
bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib
beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal
haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,
kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan
mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita
terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut
sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak
terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti
belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat
biji benih.



*sumber Halaqah



Hakikat manusia kini hanya bijak menggunakan AKAL dan TEORI mereka sahaja akibat dari penyakit MALAS ingin menelaah KITAB- KITAB AGAMA, mereka mula bersikap 'memandai-mandai' dalam meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya misal dalam skop:


a. Hukum hakam agama (teramasuk semua permasalahn feqah, tajwid dll)
b. Perkembangan semasa
c. Akhlak (termasuk cara-cara mengajar anak-anakdll)


Rata- rata individu yang kian diresapi oleh sifat MAZMUMAH(penyakit hati) akan bertindak riak, takbur dalam berkata:
misal: aku dah pandai! jangan mengajar aku! aku tahulah! aku bukan bodoh sangat!


Ini semua perasaan yang riak, sombong sambil mendabik dada. Ia adalah penyakit yang sentiasa diresapi bagi individu yang JARANG atau TIDAK MENGENDAHKAN SYARIAT SECARA SENSITIF.


Maka ayuhlah kita menyahut seruan Illahi agar bersama-sama menegakkan syiar Islam. Ia adalah kewajiban kita didalam mencari ilmu.Kata dari seorang ulamak apabila kamu manusia maka WAJIB ke atasmu MENUNTUT ILMU.


*PERGILAH KALIAN KE MAJLIS ILMU (CERAMAH DI MASJID, PONDOK MAHUPUN DI TELEVISYEN.








Thursday, January 5, 2012

Yahudi yang bijak


Tahukah anda, bangsa yang paling BIJAK di dunia adalah YAHUDI. Mereka bijak kerana mereka belajar dari kepayahan yang mereka lalui, semenjak di usir dari Tanah Air Sendiri.

 Akhirnya, jadilah mereka bangsa yang terusir, tanpa ada Negara BERDAULAT hingga ke hari ini. Mereka terusir kerana kekejaman mereka dan keengkaran mereka, padahal Allah terlalu sayangkan mereka.

 Allah bagi mereka nikmat macam2,,dana kebanyakkan Nabi juga dari suku mereka,,tapi mereka kejam dengan membunuh Nabi2 tersebut. 2000 tahun menjadi pelarian,,akhirnya mereka bnagkit untuk merebut BAITUL MAQDIS,,yang dirasakan mereka itulah NEGARA MEREKA menurut ajaran JUIDEISMA. Padahal BAITUL MAQDIS adalah tempat SUCI orang-orang ISLAM selain daripada MAKKAH dan MADINAH. 

Sebab tu,  mula2 kiblat orang ISLAM,,mengarah ke BAITUL MAQDIS,,kemudiannya ALLAH tukar ke MAKKAH al-Muakarramah,,untuk ISLAM lebih di pandang MULIA,,,dan mengangkat tinggi nilai HUKUM ISLAM, YANG TELUS LAGI QUDUS. SESUAI DENGAN AGAMA NABI IBRAHIM.

DAN SESUAI DENGAN AGAMA YANG TELAH DI BAWA OLEH KHATAMUL ANBIYA,,NABI MUHAMMAD SAW. Wahai kaum Muslimin, jangan biar mereka merebut TANAH SUCI kita,,TANAH SUCI PALESTINA, itu kepunyaan orang2 ISLAM, mari bersama kita semarakkan perjuangan, bersama anak2 watan PALESTINA untuk membebaskan TANAH SUCI KITA, BAITUL MAQDIS. Wallahua’lam


Sesungguhnya, orang Yahudi ada perangai yang amat buruk. Maka munasabahnya mereka serang orang yang ingin membuat kebajikan, rombongan yang hendak menolong orang dalam kesusahan dan yang mahu menghulur bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza. Allah Subhanahu wa taala (SWT) menceritakan perangai mereka itu di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT,
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku” (4). Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia (5). Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu takbir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (6). Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar) (7).

Berpandukan kisah yang dipaparkan di dalam al-Quran di atas, Nabi Yusof alaihimus salam (AS) yang mempunyai 12 adik-beradik itu telah bermimpi dan mimpinya itu diberitahu kepada ayahnya, Nabi Yaakub (nabi daripada golonganYahudi).
Ayahnya pula mendengar cerita dari Nabi Yusof itu lalu menasihati Nabi Yusof, agar atak payahlah menyebut cerita mimpinya itu kepada adik-beradiknya, nanti mereka akan sabotaj, atau berusaha untuk mengkhianati Nabi Yusof.
Ini satu kisah peangai orang Yahudi yang asalnya dari keturunan Nabi Yaakub adalah sama dengan perangai (sifat) adik-beradik Nabi Yusof yang boleh kita fahami daripada cara jawapan adik-beradik Nabi Yusof yang mereka berkata, “kita buang jauh-jauh Nabi Yusof itu agar kita jadi baik, atau kita bunuh saja Nabi Yusof untuk kita jadi orang soleh.”
Akhirnya, adik-beradik Nabi Yusof itu bertemu dengan Nabi Yusof dan adik-beradiknya mengaku bahawa Nabi Yusof berada di pihak yang benar.
Maka, perangai Yahudi ini masih ada sampai sekarang. Mereka bunuh Arab, bunuh Palestin dan serang Iraq. Sampai pula orang Amerika sendiri turut dibunuhnya.
Sedangkan mereka tahu, apa yang mereka buat itu adalah tidak benar, malah mereka tahu bahawa mereka di pihak yang salah.
Pernah dalam kes serangan ke atas Iraq dan pembunuhan Saddam Hussein, bekas Presiden Amerika Syarikat mengaku yang tindakan itu atas sebab maklumat salah – kononnya Saddam Hussein ada menyimpan senjata pemusnah. Hakikatnya mereka sudah tahu, mereka menerima maklumat yang salah. Soalnya, kenapa lepas itu mereka serang juga Iraq, ttidak padan dengan itu, mereka buru pula Saddam. Akibatnya, keadaan di Iraq tidak aman sampai sekarang.
Nyatalah, betapa perangai Yahudi itu akhirnya akan berdepan dengan pengakuan bahawa Islam di pihak yang benar. Natijahnya, kebenaran berada di sebelah Islam.
Perkara yang sama dialami oleh golongan pejuang Islam hari ini. Ada pihak yang mengaku Islam, tetapi berjuang sekular. Malah asyik melawan Islam. Sedangkan mereka tahu berjuang atas landasan sekular itu salah dan berjuang Islam itu adalah benar.
Sehubungan itu, keputusan ahli-ahli yang berhormat membawa dan meluluskan usul dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan tempoh hari (8 Rejab 1431/21 Jun lalu) memang betul dan kena pada masanya. Sesungguhnya, ia sebagai tanda kita mengutuk perangai Yahudi yang dilaknat Allah SWT.